محمد شفيق عبد الله
Thursday, 17 May 2012
Meteorlogy - Avalanche (Disaster from mountain)
Avalanche Facts, Avalanche Photos, Avalanche Simulation, Avalanche Interactive - National Geographic
Sunday, 18 December 2011
Yang Pasti Itu..........
19.12.2011..
Hari ini aku terima satu berita yang membangkitkan diri aku..
Sudah sahaja dari bersiap untuk ke kelas, sahabat rumahku menyampai berita yang datang jauh dari selatan tanhair.. Ayah salah seorang sahabt rumahku pulang ke Rahmatullah.. Sedikit tersentak hati ini, kalimah "innalillahiwa innalillahirooji'un" terus-menerus keluar dari bibir..
Namun, saat aku sampaikan berita kepada seluruh kelas pada pagi nya, hampir menitis air mata.. Diri terasa amat lemah, mulut sukar menyampaikan kata-kata.. Mungkin hati berasa takut.. Mungkin selepas ini giliran aku.. Ya Allah.. tak terungkap dengan kata-kata..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayahmu, Dia juga menyayangi..
Atas sebab itu Dia mendugamu,
Biarpun tampak sukar diterima,
Dengan redhamu, insyaAllah...
Ditempatkan Allahyaryam dalam kalangan yang beriman,
dan sudah tentu dia mahu berjumpa denganmu di syurga,
jadi sampaikanlah doamu, InsyaAllah...
Kami sahabatmu sentiasa denganmu...

Datang kita daripada Allah, kembali juga kita kepadaNyaTabahkan hatimu wahai sahabat, redha dengan dugaanmu
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayahmu, Dia juga menyayangi..
Atas sebab itu Dia mendugamu,
Biarpun tampak sukar diterima,
Dengan redhamu, insyaAllah...
Ditempatkan Allahyaryam dalam kalangan yang beriman,
dan sudah tentu dia mahu berjumpa denganmu di syurga,
jadi sampaikanlah doamu, InsyaAllah...
Kami sahabatmu sentiasa denganmu...
Monday, 24 October 2011
Aku Malaikat Maut Menanti
Wajah tak pernah dilihat,
tersembunyi di balik dimensi,
hanya kala ajal mendatang,
tersembunyi di balik dimensi,
hanya kala ajal mendatang,
aku tiba membawa mati.
insan lupa akan kewujudan diri,
maka mereka hidup dengan sesuka hati,
terlupa bahawa seluruh dunia akan musnah,
dan aku adalah yang datang menjemput nanti,
berenanglah hingga lemas,
keraslah hingga pecah,
kuatlah sehingga lemah,
hiduplah sehingga mati,
kerana aku akan hadir dalam hidupmu nanti,
yang bersama Ilahi,
aku datang sebagai pengapitnya,
yang membelakangNya,
aku datang sebagai pembunuhnya,
jangan sekali engkau lupa,
aku malaikat maut menanti,
jangan fikir engkau hanya ada dunia,
kerana aku pembawamu ke akhirat sana.

~ Hilal Asyraf ~
Saturday, 22 October 2011
Bicara Buat Seorang Sultan
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA

Tuesday, 27 September 2011
Muslimah
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Friday, 23 September 2011
Disebalik seorang wanita, Tersembunyinya kekuatan seribu orang lelaki..
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
... Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Friday, 2 September 2011
Berubah
Assalamualaikum...
Takde apa nak tulis kali ini, sekadar berkongsi post myilham.com yang dikirim oleh seorang sahabat.. Syukran..
"
Fitrah manusia itu suci dan bersih. Inilah perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Oleh sebab itu, bila terlanjur melakukan dosa atau setelah sekian lama bergelumang dengan perkara maksiat yang Allah tidak redha, maka hati akan merasa seakan satu tarikan magnet untuk kembali kepada keadaan asal, iaitu keadaan yang suci dan bersih daripada semua perkara noda tersebut.
Rontaan untuk kembali kepada fitrah.
Selagi tidak kembali, selagi itulah jiwa rasa gelisah dan segala benda yang dibuat pun akan dihantui serba salah.
Seorang pelajar yang malas dan suka melawan cakap guru, suka membantah cakap ibu bapa, ada ketikanya dia akan merasa bersalah dan mahu berubah. Seorang remaja yang hanyut dalam percintaan, keluar berduaan dan menghabiskan banyak masa untuk cinta monyet mereka, ada ketikanya akan dilamar rasa bersalah dan mahu berubah. Seorang pelaku maksiat yang suka meninggalkan solat, bercampur dengan golongan yang rosak agamanya serta jauh dari kehidupan bermoral, ada ketikanya akan disambar perasaan bersalah dan mahu berubah.
Jika kita mengalami keadaan ini, atau melihat orang yang berada dalam keadaan ini, suka diingatkan untuk janganlah kita menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tebiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.
Suatu rahsia Allah yang diciptakan khas serta ditanam jauh di lubuk hati manusia.
Pakaian yang kotor akan menjadikan manusia gelisah. Pakaian yang bersih pula akan menjadikan manusia merasa tenang dan tidak gundah.
Soalnya : Mudahkah Berubah?
Situasi 1 :
Dua pasangan yang bercinta. Si wanita mahu tegas dalam menjaga perhubungan sebaliknya si lelaki mengambil sikap sambil lewa. Selalu menelefon untuk bercakap lama-lama dan seringkali mendesak untuk keluar bersama. Kerana rasa cinta, si wanita terpaksa mengikut namun dalam masa yang sama tetap berusaha menasihati si lelaki untuk berubah. Biarlah mereka bercinta kerana Allah dan mengikut syariat, begitulah kira-kira ungkapan si wanita.
Dalam pada berkeras dan tidak mahu peduli, satu masa timbul jua rasa kesedaran dalam diri si lelaki untuk berubah. Dia mengakui sepanjang menjalin hubungan pun jiwanya tidak tenteram, lantaran dia tahu hubungan tersebut bercanggah dengan disiplin dalam syariat. Berdua-duan atau berpegangan tangan, keduanya tetap haram.
Lantas jiwanya terasa lunak untuk melakukan perubahan. Dia meyakini itu adalah hidayah. Lalu dikhabarkan kepada si wanita bahawa dirinya mahu berubah, dan disambut dengan ucapan tahniah penuh kegembiraan. Mereka berdua berazam untuk meneruskan hubungan dengan mematuhi batas dan disiplin syariat.
Seminggu berlalu dengan baik. Si lelaki mula merasa tenang dan mula merapati kawan-kawan yang baik lagi soleh. Majlis tazkirah menjadi rutin lepak hariannya. Tiba-tiba masuk sms dari si wanita.
Justeru dia terpaksa memilih antara dua.
Hati kata ; jangan, engkau kan mahu berubah. Otak pula meningkah ; alah, bolehlah..sekali saja.
Situasi 2 :
Dia bukan seorang yang rajin belajar. Kesedaran untuk membina masa depan sangat kurang. Teman-teman rapatnya pula tidak sepertinya. Mereka rajin dan sangat berjaya. Masa mereka banyak depan buku, masa dia pula banyak depan komputer.
Sudah banyak dinasihati, baik oleh keluarga mahupun teman sebaya, dia tetap berkeras dengan sikap degilnya.
Suatu ketika, hatinya disapa rasa insaf dan terdetik untuk berubah. Fikirnya, dia banyak membuat benda yang sia-sia. Dengan kekuatan yang ada, dia bangkit mahu berubah. Segala yang melalaikan dalam jadual hidupnya akan disingkir habis-habisan. Dia mahu menyertai teman-temannya yang hidup mereka didominasi kesedaran untuk bejaya.
Baru dua hari dia membina azam dan menguatkan diri untuk berubah, tiba-tiba dia melihat teman-temannya pula bermalas-malasan dan membuang masa. Leka dengan internet bahkan temannya yang dikenali sebagai paling tegas dengan pelajaran, kerap pula mengajaknya bermain bowling!
Lantas dia berdepan dengan dua pilihan.
Hati menjerit ; teruskan niat kau untuk berubah. Otak pula bertempik ; Ah sudahlah! jangan hipokrit!
Hakikat Ujian
Saya percaya, semua orang tentunya pernah mengalami situasi seperti di atas, cuma mungkin dalam kondisi yang berbeza. Apapun, pokoknya tetap sama. Iaitu dalam melakukan perubahan, perkara yang pastinya akan mendatangi anda adalah ujian dan dugaan.
Pelakonnya adalah Syaitan.
Makhluk ini sejak dahulu lagi bersumpah di hadapan Allah ta’ala , bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak Adam.
Semua orang tahu bahawa hidup mereka berdepan dengan godaan daripada Syaitan, namun tidak ramai yang sedar dan berjaga-jaga dengan bentuk godaan tersebut. Adakala, Syaitan memang sangat cerdik dan licik dalam menipu kita. Dia tidak akan menunjukkan secara terang-terangan bahawa dia mahu menipu kita, sebaliknya dia menggunakan pelbagai taktik dan strategi yang bisa membuatkan kita binasa.
Contohnya kita mahu solat. Syaitan akan melaksanakan plan A terlebih dahulu, iaitu menghalang kita daripada solat. Dia memujuk kita supaya melewat-lewatkan solat atau melalaikan kita dengan rancangan di televisyen. Jika taktik itu tidak berjaya, dia akan terus ke plan B iaitu mengajak kita bersolat. Ya, dia akan memujuk kita supaya solat di masjid atau surau dengan pelbagai pujukan yang indah-indah, tetapi apabila kita pergi, disuntiknya pula dengan pujian-pujian mazmumah supaya kita merasa riak, ujuk dan bangga diri dengan ibadah yang kita lakukan.
Itu liciknya Syaitan.
Demikian juga dengan kita yang mahu berubah. Lebih-lebih lagi kalau kita berubah dengan niat yang tidak betul, maka tersangatlah mudah untuk Syaitan menghancurkan keazaman kita. Berubah kerana manusia, kerana merajuk, kerana kecil hati, kerana mahu perhatian dan pelbagai bentuk ‘kerana’ yang lain di mana kesemuanya tidak berpaksikan ‘kerana Allah’.
Berubahlah Kerana Allah
Justeru orang yang mahu berubah, pertama sekali wajib dipasakkan dalam diri bahawa perubahan itu adalah kerana Allah dan semata-mata mahukan keredhaanNya sahaja. Sama sekali bukan kerana manusia atau material yang lain. Jika mahu berubah meninggalkan maksiat atau mahu berubah menjadi baik – dengan niat kerana Allah, maka sekalipun didatangi dengan godaan yang kita tidak sangka, maka kita tetap akan bertahan dengan prinsip perubahan tersebut kerana niat asal kita adalah kerana Allah.
Berawaslah, kerana godaan Syaitan itu adakalanya tidak datang dalam bentuk yang kita duga. Kadang-kadang, perkara duniawi yang kita sangat mahukan sebelum berubah , itulah yang akan mendatangi kita dengan mudahnya selepas kita berubah.
Firman Allah ta’ala :
Sekian. "
Takde apa nak tulis kali ini, sekadar berkongsi post myilham.com yang dikirim oleh seorang sahabat.. Syukran..
"
Setiap anak Adam itu membuat dosa, dan sebaik-baik pelaku dosa adalah yang segera bertaubat
[ mafhum hadith ]Fitrah manusia itu suci dan bersih. Inilah perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Oleh sebab itu, bila terlanjur melakukan dosa atau setelah sekian lama bergelumang dengan perkara maksiat yang Allah tidak redha, maka hati akan merasa seakan satu tarikan magnet untuk kembali kepada keadaan asal, iaitu keadaan yang suci dan bersih daripada semua perkara noda tersebut.
Rontaan untuk kembali kepada fitrah.
Selagi tidak kembali, selagi itulah jiwa rasa gelisah dan segala benda yang dibuat pun akan dihantui serba salah.
Seorang pelajar yang malas dan suka melawan cakap guru, suka membantah cakap ibu bapa, ada ketikanya dia akan merasa bersalah dan mahu berubah. Seorang remaja yang hanyut dalam percintaan, keluar berduaan dan menghabiskan banyak masa untuk cinta monyet mereka, ada ketikanya akan dilamar rasa bersalah dan mahu berubah. Seorang pelaku maksiat yang suka meninggalkan solat, bercampur dengan golongan yang rosak agamanya serta jauh dari kehidupan bermoral, ada ketikanya akan disambar perasaan bersalah dan mahu berubah.
Jika kita mengalami keadaan ini, atau melihat orang yang berada dalam keadaan ini, suka diingatkan untuk janganlah kita menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tebiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.
Suatu rahsia Allah yang diciptakan khas serta ditanam jauh di lubuk hati manusia.
Pakaian yang kotor akan menjadikan manusia gelisah. Pakaian yang bersih pula akan menjadikan manusia merasa tenang dan tidak gundah.
Soalnya : Mudahkah Berubah?
Situasi 1 :
Dua pasangan yang bercinta. Si wanita mahu tegas dalam menjaga perhubungan sebaliknya si lelaki mengambil sikap sambil lewa. Selalu menelefon untuk bercakap lama-lama dan seringkali mendesak untuk keluar bersama. Kerana rasa cinta, si wanita terpaksa mengikut namun dalam masa yang sama tetap berusaha menasihati si lelaki untuk berubah. Biarlah mereka bercinta kerana Allah dan mengikut syariat, begitulah kira-kira ungkapan si wanita.
Dalam pada berkeras dan tidak mahu peduli, satu masa timbul jua rasa kesedaran dalam diri si lelaki untuk berubah. Dia mengakui sepanjang menjalin hubungan pun jiwanya tidak tenteram, lantaran dia tahu hubungan tersebut bercanggah dengan disiplin dalam syariat. Berdua-duan atau berpegangan tangan, keduanya tetap haram.
Lantas jiwanya terasa lunak untuk melakukan perubahan. Dia meyakini itu adalah hidayah. Lalu dikhabarkan kepada si wanita bahawa dirinya mahu berubah, dan disambut dengan ucapan tahniah penuh kegembiraan. Mereka berdua berazam untuk meneruskan hubungan dengan mematuhi batas dan disiplin syariat.
Seminggu berlalu dengan baik. Si lelaki mula merasa tenang dan mula merapati kawan-kawan yang baik lagi soleh. Majlis tazkirah menjadi rutin lepak hariannya. Tiba-tiba masuk sms dari si wanita.
slm.awk esok sy keluar ke bazar ramadhan.boleh tak awk temankan sy?
Berderau darah si lelaki. Selama ini dia yang mengajak dan wanita tersebut pula ‘sangat menjaga’ , namun hari ini si wanita pula yang mengajak dalam keadaan dirinya yang mula mahu ‘menjaga’.Justeru dia terpaksa memilih antara dua.
Hati kata ; jangan, engkau kan mahu berubah. Otak pula meningkah ; alah, bolehlah..sekali saja.
Situasi 2 :
Dia bukan seorang yang rajin belajar. Kesedaran untuk membina masa depan sangat kurang. Teman-teman rapatnya pula tidak sepertinya. Mereka rajin dan sangat berjaya. Masa mereka banyak depan buku, masa dia pula banyak depan komputer.
Sudah banyak dinasihati, baik oleh keluarga mahupun teman sebaya, dia tetap berkeras dengan sikap degilnya.
Suatu ketika, hatinya disapa rasa insaf dan terdetik untuk berubah. Fikirnya, dia banyak membuat benda yang sia-sia. Dengan kekuatan yang ada, dia bangkit mahu berubah. Segala yang melalaikan dalam jadual hidupnya akan disingkir habis-habisan. Dia mahu menyertai teman-temannya yang hidup mereka didominasi kesedaran untuk bejaya.
Baru dua hari dia membina azam dan menguatkan diri untuk berubah, tiba-tiba dia melihat teman-temannya pula bermalas-malasan dan membuang masa. Leka dengan internet bahkan temannya yang dikenali sebagai paling tegas dengan pelajaran, kerap pula mengajaknya bermain bowling!
Lantas dia berdepan dengan dua pilihan.
Hati menjerit ; teruskan niat kau untuk berubah. Otak pula bertempik ; Ah sudahlah! jangan hipokrit!
Hakikat Ujian
Saya percaya, semua orang tentunya pernah mengalami situasi seperti di atas, cuma mungkin dalam kondisi yang berbeza. Apapun, pokoknya tetap sama. Iaitu dalam melakukan perubahan, perkara yang pastinya akan mendatangi anda adalah ujian dan dugaan.
Pelakonnya adalah Syaitan.
Makhluk ini sejak dahulu lagi bersumpah di hadapan Allah ta’ala , bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak Adam.
Semua orang tahu bahawa hidup mereka berdepan dengan godaan daripada Syaitan, namun tidak ramai yang sedar dan berjaga-jaga dengan bentuk godaan tersebut. Adakala, Syaitan memang sangat cerdik dan licik dalam menipu kita. Dia tidak akan menunjukkan secara terang-terangan bahawa dia mahu menipu kita, sebaliknya dia menggunakan pelbagai taktik dan strategi yang bisa membuatkan kita binasa.
Contohnya kita mahu solat. Syaitan akan melaksanakan plan A terlebih dahulu, iaitu menghalang kita daripada solat. Dia memujuk kita supaya melewat-lewatkan solat atau melalaikan kita dengan rancangan di televisyen. Jika taktik itu tidak berjaya, dia akan terus ke plan B iaitu mengajak kita bersolat. Ya, dia akan memujuk kita supaya solat di masjid atau surau dengan pelbagai pujukan yang indah-indah, tetapi apabila kita pergi, disuntiknya pula dengan pujian-pujian mazmumah supaya kita merasa riak, ujuk dan bangga diri dengan ibadah yang kita lakukan.
Itu liciknya Syaitan.
Demikian juga dengan kita yang mahu berubah. Lebih-lebih lagi kalau kita berubah dengan niat yang tidak betul, maka tersangatlah mudah untuk Syaitan menghancurkan keazaman kita. Berubah kerana manusia, kerana merajuk, kerana kecil hati, kerana mahu perhatian dan pelbagai bentuk ‘kerana’ yang lain di mana kesemuanya tidak berpaksikan ‘kerana Allah’.
Berubahlah Kerana Allah
Justeru orang yang mahu berubah, pertama sekali wajib dipasakkan dalam diri bahawa perubahan itu adalah kerana Allah dan semata-mata mahukan keredhaanNya sahaja. Sama sekali bukan kerana manusia atau material yang lain. Jika mahu berubah meninggalkan maksiat atau mahu berubah menjadi baik – dengan niat kerana Allah, maka sekalipun didatangi dengan godaan yang kita tidak sangka, maka kita tetap akan bertahan dengan prinsip perubahan tersebut kerana niat asal kita adalah kerana Allah.
Berawaslah, kerana godaan Syaitan itu adakalanya tidak datang dalam bentuk yang kita duga. Kadang-kadang, perkara duniawi yang kita sangat mahukan sebelum berubah , itulah yang akan mendatangi kita dengan mudahnya selepas kita berubah.
Ketika kita mengejar kenikmatan dunia, ia lari dengan begitu pantas meninggalkan kita. Namun ketika kita berpaling mahu mengejar akhirat, ketika itulah dunia itu pula berlari pantas mengejar kita.Inilah konsep yang harus kita fahami jika kita benar-benar mahu berubah, agar nantinya kita tidak goyah dengan suntikan nikmat daripada Syaitan.
Firman Allah ta’ala :
“..dan Syaitan menghiasi amal perbuatan mereka, lalu mereka terpesong dari jalan yang benar dalam keadaan mereka tidak diberi hidayah “
Sekian. "
Subscribe to:
Posts (Atom)